Bonjour & Welcome

Assalamualaikum..
Di kesempatan ini, Cik Su mengambil peluang untuk menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan pada harga yang murah yang penting ianya 100% original.

Kenapa jual murah? tujuan Cik Su adalah untuk membantu para pengguna untuk kekal cantik dan menawan. Cik Su selalu dengar rungutan dan keluhan dari pelbagai peringkat umur mahupun jantina..ada yang keluh kerana mengatakan nak cantik tapi produk muka mahal..betul tak?

Jadi sebab tulah Cik Su mengambil kesempatan ini untuk membantu supaya semua boleh mencuba produk kecantikan dan kesihatan yang mereka sukai.

Cik Su bukan lah nak berbisnes sangat...tujuan bisnes online ni pun sebab nak membantu bukan kerana keuntungan..Biarlah produk Cik Su murah..biarlah Cik Su takde untung pun..apa yang penting KEPUASAN HATI pelanggan Cik Su..itu tujuan UTAMA Cik Su.

Pages

Thursday 7 April 2016

DIY YASIN - update

Assalamualaikum semua!!!

lama sangat dah kan Cik Su tak update kat blog ni..ok hari ini Cik Su nak tunjuk kan beberapa lagi tips dan cara-cara DIY Yasin ni.

alhamdulillah ramai yang minta softcopy untuk DIY Yasin ni kan..tapi mana yang lambat tu Cik Su minta maaf banyak-banyak ok!

Untuk pengetahuan, Cik Su hanya boleh bagi dalam bentuk PDF sahaja..yang mana Cik Su da susunkan untuk memudahkan korang jadikan buku. tapi sebenarnya Cik Su pun tidak lah berpuas hati dengan hasil tersebut..banyak lagi yang Cik Su nak betulkan terutamanya bahagian margins dan muka hadapan. Macam Yasin yang Cik Su emailkan (mana yang minta la) ada masalah sikit pada bahagian margins. Nak-nak masa korang lipat.. betul tak? untuk kes ni Cik Su masih dalam proses nak betulkan margin nya..inshaa Allah kalau diberi kesempatan Cik Su update ye..

masalah untuk muka depan pulak. Kalau print, tepi-tepi tu mesti ada warna putihkan (kalau pakai kertas putih lah). macam gambar kat bawah ni.


ok ni contoh DIY muka depan yang Cik Su buat untuk diri Cik Su sendiri..hehe untuk VVIP gift majlis kahwin nanti.

haa..nampak tak putih-putih tu..kalau korang just potong dua sahaja, tepi-tepi muka depan tu akan dikelilingi warna putih tersebut KECUALI kalau korang pergi hantar kat kedai untuk buat muka hadapan ni KOMPOM la takkan ada putih-putih ni kan..

ok bagi mengatasi masalah ni SETAKAT INI, (Cik Su pun pakai Yasin yang sama mcam Cik Su bagi kat korang). Cik Su potong mengikut kotak kuning tu. Maksudnya, Cik Su buang keliling putih tu kecuali bahagian tengah.


macam gambar kat atas ni..nampak tak yang tengah je putih..tepi-tepi tak ada dah kan?
dannnnnnn, kalau korang dah potong muka hadapan camni, jadi korang pun kena lah jugak potong korang punya yasin jugak mengikut saiz muka hadapan korang. (huhu kesian korang..maaf ye)

TETAPI akan ada masalah selepas potong..iaitu border yasin korang untuk muka surat 50++ ke 70++ (kalau tak silap) akan terpotong sikit sebab macam yang Cik Su cakap tu lah MARGINS. tapi masih tak mencacatkan yasin korang. Inshaa Allah.


berselerak kertas-kertas yang dah dipotong..

ok itu sahaja untuk hari ini..harap faham lah ye apa yang di bebelkan panjang-panjang tu..
untuk muka hadapan Inshaa Allah jap lagi atau bila free nanti Cik Su update ye..

maaf lagi sekali sekiranya menyusahkan korang. Cik Su hanya insan biasa yang tak lari dari kesilapan. Tapi Cik Su akan tetap berusaha mencuba utuk jadikan kesilapan itu sebagai sebuah kejayaan. Inshaa Allah.