Bonjour & Welcome

Assalamualaikum..
Di kesempatan ini, Cik Su mengambil peluang untuk menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan pada harga yang murah yang penting ianya 100% original.

Kenapa jual murah? tujuan Cik Su adalah untuk membantu para pengguna untuk kekal cantik dan menawan. Cik Su selalu dengar rungutan dan keluhan dari pelbagai peringkat umur mahupun jantina..ada yang keluh kerana mengatakan nak cantik tapi produk muka mahal..betul tak?

Jadi sebab tulah Cik Su mengambil kesempatan ini untuk membantu supaya semua boleh mencuba produk kecantikan dan kesihatan yang mereka sukai.

Cik Su bukan lah nak berbisnes sangat...tujuan bisnes online ni pun sebab nak membantu bukan kerana keuntungan..Biarlah produk Cik Su murah..biarlah Cik Su takde untung pun..apa yang penting KEPUASAN HATI pelanggan Cik Su..itu tujuan UTAMA Cik Su.

Pages

Wednesday 10 August 2016

4 Bulan - OMG!! Sibuknya lahaiiiii...

Assalamualaikum..

Cik Su nak minta ampun dan maaf sangat-sangat atas kelewatan untuk membalas komen-komen dan juga email korang semua..

Bukan apa, sekarang ni Cik Su tengah gigih menyiapkan persiapan perkahwinan Cik Su ni..macam-macam yang perlu Cik Su lakukan..kad jemputan, yasin, bunga telur, goodies, hiasan hantaran, hiasan pelamin nikah dan macam-macam lagi lah..sempat ke tak ye...arrghhhhhhhhhh!!!

ok, jadi bagi memudahkan kerja dan urusan Cik Su dan korang..sekiranya ada apa-apa masalah atau pertanyaan atau apa sahaja boleh terus whatsapp Cik Su ye..ni nombornya 01125881508..
whatsapp je bagi tau "Cik Su balas komen tu" hahaha..takpun "Cik Su rajin-rajin la tengok blog tu" gitewwww..kikiki..

ok lah itu je untuk hari ini..4 month in counting..ok daaaaa...wsalam

 ni lah antaranya yang Cik Su buat


 yang ni rahsia..untuk apa ni nanti Cik Su bagitahu ye..


yang ni pulak persiapan masa pre-wedding

Friday 13 May 2016

Ke Tawau Kita Bah

assalamualaikum..

alhamdulillah hadiah paling bermakna sempena ulang tahun ni..
En.Tunang bawa balik ke Tawau Sabah..

untuk pengetahuan..ni kali pertama berjumpa dengan keluarga En.Tunang..mesti pelikkan..da tunang tapi tak pernah jumpa keluarga...dah setahun tunang baru ni berjumpa..

al-maklumlah baru ni di beri kesempatan dan rezeki lebih sikit..alhamdulillah...

pape pun Cik Su bersyukur sangat sebab terasa ni lah hadiah paling bermakna..kalau tahun lepas hadiah birthday Cik Su adalah pertunangan...hehe

ok la..tu je untuk kali ni..

jumpa lagi..





Monday 9 May 2016

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!


happy birthday to me!!

happy birthday to me!!

happy birthday~~~ happy birthday~~

happy birthday to me!!

Alhamdulillah....sedar tak sedar umurku semakin pendek (sependek orangnya)...hahaha

09/05/2016 genap umurku yang ke...(ehem2 berapa agak2??) cer teka?? sape cepat Cik Su belanja topap..cepat-cepat...

Alhamdulillah syukur yang tak terhingga juga, kerana ALLAH masih memberi nyawa pada ku..nikmat yang diberi sungguh tak terhingga..
Harapan ku hanya satu, semoga di kurniakan rezeki yang tidak pernah putus..memberikan ku rezeki untuk bekerja di tempat lain..Inshaa Allah amin.. (doa-doakan lah Cik Su supaya cepat dapat kerja kat tempat lain)

Nak rasa terharu sikit..huhu ;( tak sangka Pakcik Goo sekarang ni maju..siap wish birthday gitewww...(ke Cik Su yang baru tahu..haha..apa-apa pun tetap happy!!)happy nyaa..

OK tu je..ok bye!!~~

wasalam..

jawab soklan Cik Su ye ;)

Thursday 7 April 2016

DIY YASIN - update

Assalamualaikum semua!!!

lama sangat dah kan Cik Su tak update kat blog ni..ok hari ini Cik Su nak tunjuk kan beberapa lagi tips dan cara-cara DIY Yasin ni.

alhamdulillah ramai yang minta softcopy untuk DIY Yasin ni kan..tapi mana yang lambat tu Cik Su minta maaf banyak-banyak ok!

Untuk pengetahuan, Cik Su hanya boleh bagi dalam bentuk PDF sahaja..yang mana Cik Su da susunkan untuk memudahkan korang jadikan buku. tapi sebenarnya Cik Su pun tidak lah berpuas hati dengan hasil tersebut..banyak lagi yang Cik Su nak betulkan terutamanya bahagian margins dan muka hadapan. Macam Yasin yang Cik Su emailkan (mana yang minta la) ada masalah sikit pada bahagian margins. Nak-nak masa korang lipat.. betul tak? untuk kes ni Cik Su masih dalam proses nak betulkan margin nya..inshaa Allah kalau diberi kesempatan Cik Su update ye..

masalah untuk muka depan pulak. Kalau print, tepi-tepi tu mesti ada warna putihkan (kalau pakai kertas putih lah). macam gambar kat bawah ni.


ok ni contoh DIY muka depan yang Cik Su buat untuk diri Cik Su sendiri..hehe untuk VVIP gift majlis kahwin nanti.

haa..nampak tak putih-putih tu..kalau korang just potong dua sahaja, tepi-tepi muka depan tu akan dikelilingi warna putih tersebut KECUALI kalau korang pergi hantar kat kedai untuk buat muka hadapan ni KOMPOM la takkan ada putih-putih ni kan..

ok bagi mengatasi masalah ni SETAKAT INI, (Cik Su pun pakai Yasin yang sama mcam Cik Su bagi kat korang). Cik Su potong mengikut kotak kuning tu. Maksudnya, Cik Su buang keliling putih tu kecuali bahagian tengah.


macam gambar kat atas ni..nampak tak yang tengah je putih..tepi-tepi tak ada dah kan?
dannnnnnn, kalau korang dah potong muka hadapan camni, jadi korang pun kena lah jugak potong korang punya yasin jugak mengikut saiz muka hadapan korang. (huhu kesian korang..maaf ye)

TETAPI akan ada masalah selepas potong..iaitu border yasin korang untuk muka surat 50++ ke 70++ (kalau tak silap) akan terpotong sikit sebab macam yang Cik Su cakap tu lah MARGINS. tapi masih tak mencacatkan yasin korang. Inshaa Allah.


berselerak kertas-kertas yang dah dipotong..

ok itu sahaja untuk hari ini..harap faham lah ye apa yang di bebelkan panjang-panjang tu..
untuk muka hadapan Inshaa Allah jap lagi atau bila free nanti Cik Su update ye..

maaf lagi sekali sekiranya menyusahkan korang. Cik Su hanya insan biasa yang tak lari dari kesilapan. Tapi Cik Su akan tetap berusaha mencuba utuk jadikan kesilapan itu sebagai sebuah kejayaan. Inshaa Allah. 

Monday 11 January 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016


SELAMAT TAHUN BARU 2016

Rasanya belum terlambat untuk Cik Su mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada seluruh rakan-rakan yang membaca / singgah dan sebagainya.

Sejak kebelakangan ini Cik Su sibuk sikit. Blog pun jarang-jarang singgah..tapi Cik Su masih aktif menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan ye..whatsapp je Cik Su untuk pertanyaan mengenai sebarang produk kecantikan dan kesihatan.

Banyak lagi produk-produk yang Cik Su belum update..ada kelapangan nanti Cik Su update ye..

Jadi kesempatan ni, Cik Su nak minta ampun dan maaf sekiranya Cik Su ada buat salah kepada angpa (tetiba loghat utaqa lak aiii) semua..maafkan Cik Su ye..

wassalam