Bonjour & Welcome

Assalamualaikum..
Di kesempatan ini, Cik Su mengambil peluang untuk menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan pada harga yang murah yang penting ianya 100% original.

Kenapa jual murah? tujuan Cik Su adalah untuk membantu para pengguna untuk kekal cantik dan menawan. Cik Su selalu dengar rungutan dan keluhan dari pelbagai peringkat umur mahupun jantina..ada yang keluh kerana mengatakan nak cantik tapi produk muka mahal..betul tak?

Jadi sebab tulah Cik Su mengambil kesempatan ini untuk membantu supaya semua boleh mencuba produk kecantikan dan kesihatan yang mereka sukai.

Cik Su bukan lah nak berbisnes sangat...tujuan bisnes online ni pun sebab nak membantu bukan kerana keuntungan..Biarlah produk Cik Su murah..biarlah Cik Su takde untung pun..apa yang penting KEPUASAN HATI pelanggan Cik Su..itu tujuan UTAMA Cik Su.

Pages

Sunday 30 August 2015

❤DIY -> BUAT YASIN SENDIRI❤

Assalamualaikum...selamat sejahtera

Alhamdulillah kerana masih di panjangkan umur..setelah sekian lama tak meng-update blog baru hari ini berkesempatan untuk meng-updatenya.

Di kesempatan ini, Cik Su nak mengambil peluang nak ucap bebanyak ribuan terima kasih kepada customer-customer Cik Su dari Sabah, Perak, KL, dan sebagainya kerana terus support Cik Su dalam menjual produk-produk kecantikan, kesihatan dan juga barang-barang DIY..

Ok berbalik pada tajuk di atas..syukur alhamdulillah kerana tak sia-sia berusaha untuk membuat sendiri buku Yasin dan akhirnya tercipta lah buku Yasin sendiri...Yeaaayyyyyyyyy gembiranya rasa..


DIY BUKU YASIN SENDIRI

Tadaaaaaaa....ok kan? Cik Su rasa puas hati sangat-sangat sebab usaha menjadi..walaupun tak seberapa tapi sekurang-kurangnya Cik Su dah berusaha..cuma perlu diperbaiki dari segi "membuku" kan je..

Macam gambar kat atas tu Cik Su stapler kan je kat tengah-tengah tu macam buku sekolah tu..nanti kalau ada rezeki untuk perkahwinan Cik Su, Cik Su nak hantar ke kedai buku yang boleh "membukukan" Yasin Cik Su ni.. ^_^


DIY BUKU YASIN SENDIRI


DIY BUKU YASIN SENDIRI

Yang ni antara isi kandungannya..
lengkap dengan tahlil dan doa-doa seperti doa selamat, doa akhir dan awal tahun, doa perpisahan, selawat Tafrijiyah, selawat Al-Fatih, doa penerang hati, Al-Ma'thurat Al-Wazhifah Al-Kubra dan macam-macam lagi..

Oh ye..saiz yang Cik Su buat ni comel molek je.. saiz A6..kalau buka jadi A5..kertas A4 kerat dua (2) dan lipat..
Laaa...tak paham ke?? Ha, meh tengok kat bawah ni..



paham daa??? alhamdulillah bagus-bagus..tulah saiz A6..comel molek gitu kan..hehe

So, pada B2B boleh lah men-DIY sendiri..mudah pun mudah..jimat pun jimat..yedokkkk..

**cuba dan terus mencuba sehingga berjaya..bila dah berjaya pasti berpuas hati..TAPI ingat jika terlalu sangat berpuas hati boleh jadi riak diri**

~SEKIAN~


**new updated - 11/01/2016


Di galakkan untuk menggunakan kertas di bawah 80gsm bagi tujuan memudahkan lipatan dan tidaklah terlalu tebal..



UPDATE - 9/8/2017

di sebabkan terlalu rajin sangat bukak blog ni (hehehe) dan terlalu ramai yang minta softcopy..ok lah Cik Su  Puan Su (dah tukar status..hihi) sediakan sekali softcopy kat sini..jd korang just klik je ok..saya halalkan dunia akhirat saya.

YASIN SOFTCOPY

ok ye..harap bermanfaat..dan minta maaf mana yang tak berbalas tu, mana yang dah terlepas saya mohon maaf sgt2..

thanks.