Bonjour & Welcome

Assalamualaikum..
Di kesempatan ini, Cik Su mengambil peluang untuk menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan pada harga yang murah yang penting ianya 100% original.

Kenapa jual murah? tujuan Cik Su adalah untuk membantu para pengguna untuk kekal cantik dan menawan. Cik Su selalu dengar rungutan dan keluhan dari pelbagai peringkat umur mahupun jantina..ada yang keluh kerana mengatakan nak cantik tapi produk muka mahal..betul tak?

Jadi sebab tulah Cik Su mengambil kesempatan ini untuk membantu supaya semua boleh mencuba produk kecantikan dan kesihatan yang mereka sukai.

Cik Su bukan lah nak berbisnes sangat...tujuan bisnes online ni pun sebab nak membantu bukan kerana keuntungan..Biarlah produk Cik Su murah..biarlah Cik Su takde untung pun..apa yang penting KEPUASAN HATI pelanggan Cik Su..itu tujuan UTAMA Cik Su.

Pages

Wednesday 27 May 2015

KOS UNTUK PELAMIN TUNANG DIY

Assalamualaikum...selamat pagi..
ok seperti yang Cik Su janjikan..Cik Su nak bagi tahu detail mengenai pelamin tunang DIY Cik Su tu kan..macam yang Cik Su kata kan kos untuk pelamin tunang DIY tak lebih dari RM100.00..


yee betul kos untuk pelamin tunang DIY tak lebih dari RM100...lagi pun cara untuk buat pelamin tunang DIY ni sangat mudah..
ok meh Cik Su bagitahu barang-barang dan harganya sekali ok..

Barang-barang dan harga untuk buat pelamin tunang DIY macam Cik Su

1. pallet/stage/pentas (sewa) RM30.00

2. kapet untuk pallet (sewa) RM20.00

3. lampu (tempat keje en.tunang punya) RM0.00

4. bunga depan kiri kanan tu pakai kertas A4..
    yang dalamnya ada 20sheet tu..dapat imagine 
    tak?alaaaa...ha jap tanya en.google..
ha....yang macam ni...maceh En.Google
untuk bunga kat atas tu Cik Su beli 4 warna...
   hijau, biru, cream dan pink.. RM3.20x4 = RM12.80
dengan 4 set warna tu Cik Su boleh guna untuk hias bilik tau siap bunga besar lagi...
ha...nampak tu...kemain besar lagi kan..hehe

5. kotak kiri kanan tu pakai kotak recycle je..guna 
    kotak A4 pun boleh.. RM0.00

6. pembalut kotak tu pakai kertas A4 putih..1 
    kotak cuma 7helai je..jadi untuk 4 kotak 28helai
    belilah A4 putih 50sheet tu harganya kalau tak 
    silap dalam RM3.50 

7. tanglung kiri kanan tu beli kat DIY..yang kecil harganya RM3.00..besar RM5.50..Jadi jumlah untuk 2tanglung kecil dan 2tanglung besar RM17.00

8. Bantal-bantal dan bunga kat bantal tu memang dah sediada kat rumah..pakailah mana yang ada..kata nak jimat..kan...hehehe RM0.00

9. double sided tape (jangan lupa untuk lekatkan kelopak bunga-bunga tu) Cik Su pakai 2pcs..RM3.00 (RM1.50x2)

Jadi untuk jumlah kesemua barang-barang diatas ialah

RM30.00 + RM20.00 + RM12.80 + RM3.50 + RM17.00 + RM3.00 =

RM86.30#

ha...percaya tak Cik Su cakap...tak sampai RM100 kan...jimat betul tak? yang penting kena rajin..

so kepada yang to-be to-be tu...ikot lah cara Cik Su ni ye..inshaa Allah sangat-sangat membantu dari segi kewangan tu..

belanja satu gambar tunang...hehe
(make-up, bunga tangan, barang hantaran semua Cik Su buat sendiri) saje nak promote...hehe


    

No comments:

Post a Comment